Isnin, 11 April 2016

Lebih Kurang Setahun di Sekolah Berstatus P3


Aloha... ok  update terakhir Julai tahun lepas...   maaf.. Line internet tempat kerja tak ok. (alasan..huahuahua)

12 Feb lepas kiranya genap lah setahun aku bertugas disekolah berstatus P3. (P3.. gred hidup susah bagi sesebuah sekolah pedalaman. p1, p2 dan p3. p3 paling teruk)

12 Februari aku melapor diri di SK Desa Permai... dan selepas sebulan aku ditukarkan ke SK Ladang Tomanggong. dua sekolah yang berstatus P3 tapi sangat berbeza. Tidak semua P3 itu sama. Rezeki masing-masinglah... Dua-dua sekolah ni berada di daerah Kinabatangan, Sabah.

Setahun sudah berlalu.. masih berjaya survive. berat juga masih mampu maintain... untuk bercerita bagaimana survive di sekolah yang kurang serba serbi terutama kemudahan asas air, elektrik dan coverage telco (percayalah internet adalah kemudahan asas... heeee) aku tak layaklah sebab cuma merasa sebulan semasa di SK Desa Permai.

Sekolah aku sekarang SK Ladang Tomanggong adalah sekolah yang jauh dengan coverage yang terhad (terhad sebab tidak semua telco ada dan hanya spot tertentu yang ada coverage, ala-ala kampung nenek kau masa mula-mula telefon bimbit nak popular). Ada air dan elektrik 24 jam.  Masalahnya cuma jauh... hendak ke Pejabat Pendidikan Daerah adalah 3 jam setengah.. dan jalan adalah gravel. berlubang-lubang bagai... kalau kau bawa masuk Myvi... makan lah 4 jam... hoooo....

Sekolah aku sekarang adalah sekolah berstatus P3 dan adalah sekolah kurang murid dengan jumlah keseluruhan cuma lebih kurang 100 orang termasuk prasekolah. Bolehlah buat gambarankan?

Sekolah P3 pun sama saja macam sekolah lain. Cuma oleh sebab guru adalah sikit, normal lah bila seorang guru boleh pegang sampai 7-8 tugas dalaman. Semua yang sekolah luar kena key in, sekolah pedalaman pun buat juga.  ~Tidak sesibuk sekolah bandar, tapi takdalah sampai tahap goyang kaki.

Okay lah sampai sini saja dulu... untuk tips nak happy kat sekolah pedalaman, nanti  next entry aku share.. hehe


Tiada ulasan: