Isnin, 6 Mac 2017

Dapat dah posting? mau buat apa? part 2.


Aloha,

mesti ramai sudah yang melapor diri kan sekarang? (kepada adik-adik yang posting mac...) so lepas ni buat apa?


Okeh, yang dulu, kita dulukan...

selesai mengadap guru besar segala bagai... mengadap kerani.. serah dokumen untuk salinan sekolah bagai.... Medical checkup document.... surat-surat akuan... dan apa-apa dokumen yang kerani minta. Berbaik-baiklah dengan kerani yang urus gaji anda....

ok lepas urusan di sekolah.. (part dapat jadual bagai-bagai tau la bah kan... berbulan-bulan juga praktikum..)


Dokumen SPP

Segala dokumen yang perlu dihantar ke SPP.. (Hantar ke SPP Cawangan Sabah kalau posting Sabah) Lengkapkan dan buat salinan untuk simpanan sendiri takut nasib tidak baik, masa kirim hilang,, kau ada backup. Tunggu tu Borang Kew.8 (Borang gaji) yang kerani urus.. untuk hantar sekali. Jangan hantar asing. tunggu semua dokumen lengkap baru hantar satu kali (Gunalah pos laju, jangan kau feeling hantar pakai stem).

Ini Alamatnya:

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Cawangan Sabah
Aras 1, Blok A, Peti Surat 11359,
Kompleks Kerajaan Persekutuan Sabah, 
Jalan UMS-Sulaman, Likas, 
88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia


PTM (Program Transformasi Minda)

PTM ni wajib untuk sah jawatan. (aku pun belum pergi lagi). Walaupun dalam masa terdekat PTM ni tipis kau dapat, tapi kau kena juga isi borang permohonan ( yess.. nama kau JPN tidak auto-detect ah... jangan kau berangan... tidak taulah kalau negeri lain.. tapi JPN Sabah kena mohon). 


Borang Permohonan Program Transformasi Minda (Muat Turun)

Lepas isi dan lengkapkan.. hantar borang yang lengkap bersama satu salinan Surat Pengesahan Lantikan (Surat ni akan dikirimkan SPP ke sekolah lepas kita hantar Dokumen SPP tu.. bila dokumen tu sudah di proses, baru kita dapat Surat ni.)

Hantar Dokumen ke:

Unit Latihan dan Kemajuan Staf, 
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Aras 9, 
Wisma Pendidikan, Jalan Punat Tanah Likas, 88450 Kota Kinabalu.

atau kau boleh scan dokumen tu dan emelkan ke :

ulkssbh@gmail.com

Pastikan lepas kirim atau emel, kamu follow up by call. pastikan nama kamu sudah masuk dalam list untuk PTM. (part follow up ni jangan main-main, even kalau PPD offer tolong kirim borang pun, follow up juga lepas 2 3 minggu di hantar tu dokumen. Terus follow up di unit latihan JPN. bukan di PPD.)

Nombor Fail Jabatan.

Mau terang apa fungsi dia, aku pun blur.. tapi memang kita perlu ada nombor fail jabatan ni. nombor fail PPD lain ya. Aku dulu hantar ja terus dokumen yang sama dengan yang dihantar ke SPP. Better by hand. kalau tak dapat, pos laju. dan lepas tu macam biasa follow up. biasa kalau unit tu dah terima dokumen kita, dua minggu macam tu kita dapat dah nombor fail jabatan.

Cukuplah sampai di sini. Semoga dipermudahkan semuanya... bertabahlah.



Tiada ulasan: